Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekas kakitangan agensi kerajaan diberkas disyaki terbabit kes tipu

diberkas

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 40 tahun diberkas polis kerana disyaki menipu

seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)

melibatkan wang berjumlah RM2,599 pada Feb lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Superintendan Saiman Kasran berkata suspek,

bekas kakitangan sebuah agensi kerajaan itu diberkas di Kudat ekoran laporan polis yang dibuat

oleh mangsa, seorang wanita berumur 25 tahun, pada 6 Januari lepas.

Saiman berkata dalam laporan itu, mangsa mendakwa telah menerima SMS yang kononnya dia

memenangi hadiah utama bernilai RM20,000 yang ditawarkan Shell (M) Berhad.

Atas arahan suspek, pengadu kemudian memasukan wang RM1,099.47 ke dalam nombor akaun

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd yang diberikan suspek serta yuran peraduan sebanyak RM

1,500 dalam satu akaun Bank Simpanan Nasional.

Tidak cukup dengan itu, pengadu juga disuruh membeli kupon tambah nilai Maxis RM60

sebanyak lima keping dan menghantarkan nombor pin isian semula berkenaan melalui SMS

kepada suspek, katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, selepas semua transaksi berkenaan selesai, mangsa mula merasa curiga lalu

menghubungi suspek namun gagal kerana suspek telah memutuskan talian telefonnya.

Saiman berkata siasatan awal di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan mendapati lelaki itu

merupakan suspek utama dalam enam kes penipuan serupa melibatkan pelanggan di Johor Baharu,

Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka – Bernama.

Komen


Berita Berkaitan