Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bekas Isteri Enggan Jumpa Perampas Pesawat

11:20pm 01/04/2016 Pak Roshan 10 views Global

hijack

LARNACA – Bekas isteri kepada perampas pesawat EgyptAir yang menggemparkan dunia, enggan bertemu dengan lelaki berkenaan dan menyifatkan perkahwinan mereka selama lima tahun seperti `neraka’.

Marina Paraschou berkata, bekas suaminya itu, Seif Eldin Mustafa, adalah seorang yang ganas, pembuli, tidak mempunyai pekerjaan dan berlaku kejam kepada dia serta empat anak mereka.

Jelasnya, meskipun dunia menganggap suaminya sebagai romantik kerana sanggup merampas sebuah pesawat semata-mata untuk bertemunya, namun orang ramai tidak mengetahui cerita sebenar.

“Media memaparkan dia sebagai romantik tetapi mereka akan terkejut apabila mengetahui perangai sebenarnya,’’ kata Marina.

Dalam kejadian itu, Seif yang mendakwa memakai jaket dilengkapi bom telah mengugut juruterbang pesawat Egypt Air MS191 supaya melakukan pendaratan di lapangan terbang Cyprus di sini.

Ketika itu pesawat terbabit membawa 69 penumpang.

Marina berkata perkahwinannya dengan Seif dipenuhi dengan ancaman, pukulan, siksaan dan ketakutan.

Lelaki itu juga katanya adalah seorang yang menakutkan. Mereka bertemu pada 1983 ketika Marina berusia 18 tahun dan berkahwin dua tahun kemudian.

Pasangan itu mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki. Marina dan Seif bercerai pada 1990 dan selepas itu Seif kembali ke Mesir pada 1994. Dia turut dipenjara di Mesir atas dakwaan menipu.

– mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan