Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekas Atlet Remaja Kebangsaan Menang Kes Saman Berhubung Kecuaian

nor azleen

PUTRAJAYA– Bekas atlet remaja kebangsaan Nor Azleen Mohammad Mustafa menang kes tuntutan saman di Mahkamah Rayuan di sini Isnin berhubung kecuaian semasa menjalani pembedahan tulang belakang pada 2005.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membenarkan rayuan Nor Azleen untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan samannya terhadap Dr Omar Md Isa daripada Jabatan Ortopedik Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dalam penghakimannya, Hishamudin mendapati Dr Omar, yang melakukan pembedahan membetulkan tulang belakang Nor Azleen, 23, secara profesional telah melakukan kecuaian.

Beliau juga mendapati PPUM, hospital iaitu tempat Dr Omar bertugas, bertanggungjawab secara tidak langsung.

Hakim Hishamudin mengarahkan kes itu dirujuk balik ke Pendaftar Mahkamah Tinggi untuk pentaksiran ganti rugi yang ditetapkan pada 11 Ogos.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Mahkamah juga mmemerintahkan Dr Omar dan PPUM membayar kos perundangan sebanyak RM30,000 kepada Nor Azleen, atlet pecut 100 meter yang mewakili Pulau Pinang dan Malaysia pada kejohanan remaja.

Nor Azleen menyaman kedua-dua pihak itu selepas mengalami kerosakan saraf yang menyebabkan dia lumpuh dari pinggang ke bawah dan terpaksa menjalani rawatan fisioterapi untuk tempoh yang lama berikutan pembedahan tulang belakang pada 3 Sept, 2005.

Sehingga hari ini, dia belum sembuh sepenuhnya dan antara lain dia menghadapi masalah untuk mengawal sistem pembuangan air kecil dan besar serta mengalami lemah pada anggota badan sebelah kiri.

Beliau memohon ganti rugi sebanyak RM3 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Nor Azleen diwakili peguam Dr N. Ahilan manakala Dr Omar dan PPUM diwakili peguam G.K. Ganeson dan Sharmini Navaratnam.

Komen


Berita Berkaitan