Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekas ADUN Labuan Meninggal Dunia

labuan

LABUAN – Veteran politik dan bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Labuan yang dilantik Datuk Zaini Mat Isa meninggal dunia semalam kerana sakit tua.

Allahyarham Zaini, 82, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pada kira-kira 12.27 tengah hari dengan kehadiran anggota keluarga.

Allahyarham meninggalkan enam orang anak.

Jenazahnya dibawa ke Labuan untuk pengebumian di Tanjung Keramat.

Zaini adalah antara ADUN Parti Bersatu Sabah (PBS) di bawah teraju Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang menyertai Umno pada 1994, bersama Datuk Lajim Ukin, yang kini ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah dan ADUN (UMNO), Datuk Rubin Balang.

Zaini bertanding dalam pilihan raya umum 1990 sebagai calon bebas menentang Datuk Abdul Mulok (PBS) tetapi tewas dengan 3,568 undi.

Berikutan itu beliau menjadi ADUN yang dilantik untuk dua penggal.

Ketua PBS Bahagian Labuan Datuk Peter Mak berkata, “Beliau (Zaini) akan sentiasa diingati oleh ahli-ahli politik tempatan”. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan