Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bekam sampai reput

10:49am 25/06/2016 Pak Roshan 2976 views Global
KEADAAN kulit Li yang mereput akibat kesan rarawatan bekam yang dijalani

KEADAAN kulit Li yang mereput akibat kesan rarawatan bekam yang dijalani.

Chengdu, China: Seorang lelaki mengalami kecederaan serius apabila belakangnya hampir berlubang selepas menjalani rawatan bekam setiap hari selama hampir sebulan.

Li Lin, 63, menjalani rawatan bekam di sebuah pusat kesihatan tradisional di sini bagi mengubati sakit sendi yang dialaminya.

Lelaki itu menjalani rawatan bekam pada setiap hari bermula pada pertengahan Mei hingga pertengahan Jun lalu.

Li berkata, pengamal perubatan menyarankan dia menjalani rawatan bekam selama sebulan untuk menyembuhkan penyakitnya itu.

Rawatan itu menggunakan beberapa cawan yang dipanaskan bagi mewujudkan kesan sedutan pada kulit pesakit yang biasanya meninggalkan kesan lebam. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan