Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BEKALAN TENAGA ELEKTRIK NEGARA CUKUP SEHINGGA 2030

bekalan eletrik

KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai bekalan tenaga elektrik mencukupi sehingga tahun

2030 ekoran pembinaan beberapa buah stesen jana kuasa baharu bagi menampung permintaan

pengguna di seluruh negara.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid (gambar)

berkata, rizab bekalan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia sahaja mencecah 25 peratus pada

tahun 2030.

“Kadar penggunaan elektrik di Semenanjung Malaysia mencapai 17,000 megawat (MW) sehari

manakala bagi Sabah dan Sarawak kapasiti penggunaannya juga masih rendah berbanding tenaga

elektrik yang dibekalkan stesen jana kuasa di sana.

“Kerajaan mempunyai langkah strategik bagi memastikan bekalan elektrik di Malaysia mencukupi

dengan pelaksanaan beberapa projek janakuasa yang dibangunkan antaranya, stesen janakuasa

arang batu di Tanjung Bin, Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Minggu Tenaga

Asia Tenggara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Selain stesen janakuasa arang batu di Tanjung Bin, Tenaga Nasional Berhad turut membangunkan

projek Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Janamanjung, Perak yang menggunakan arang batu

dan mampu menjana tenaga 1,000 megawatt (MW), Stesen Hidro Elektrik Hulu Terengganu (250

MW) dan Stesen janakuasa Hidroelektrik Ulu Jelai, Pahang (378 MW).

Komen


Berita Berkaitan