Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,635

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bekalan minyak masak di Sabah mencukupi- KPDNKK

5:03pm 24/10/2016 Leolerry Lajius 15 views Isu Semasa,Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah memberi jaminan bekalan minyak masak di negeri ini adalah mencukupi dan tidak berlaku sebarang kekurangan.

Pengarah KPDNKK Sabah Yahya Sulaiman berkata, pemantauan pihaknya di pusat pemborong di sekitar Kota Kinabalu mendapati stok bekalan minyak satu kilogram yang disimpan adalah berjumlah 191,411 matrik tan.

Katanya, jumlah itu adalah mencukupi untuk menampung permintaan pengguna sebelum stok baharu sampai.

“Bekalan minyak masak di negeri ini masih banyak, malah sejak minggu lalu, pasukan penguatkuasa telah membuat pemantauan di pasaraya-pasaraya besar dan mendapati bekalan masih ada.

“Apa yang kita harapkan agar pengguna tidak panik dan membuat pembelian melebihi daripada biasa kerana bekalan minyak masih masih terkawal,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 Negeri Sabah di Pasaraya Bataras di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Skuad Pengguna Sabah, Datuk Aminah Ambrose.

Menurut Yahya, pihaknya juga telah mengarahkan pasukan penguatkuasa untuk membuat pemantauan di pasaraya-pasaraya utama bagi memastikan pihak peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menyorokkan bekalan minyak.

“Penguatkuasaan ini bukan hanya di bandar, tetapi kita juga membuat kawalan sehingga ke kawasan pedalaman bagi memastikan rakyat mendapat bekalan yang mencukupi.

“KPDNKK juga ingin memberi amaran kepada para peniaga agar tidak menyorok bekalan semata-mata untuk mengaut keuntungan,” tegasnya.

Mengenai Skim Kawalan Harga Musim Perayaan, beliau menjelaskan sebanyak 18 jenis barangan disenaraikan di bawah skim ini meliputi ayam, telur ayam, sayuran, barang kering dan daging kambing.

“Berdasarkan pemantauan kita, semua peniaga mengikuti skim ini dan kita minta agar mereka mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” katanya./SayangSabah

Pengarah KPDNK Sabah Yahya Sulaiman tinjau harga barangan kawalan di Putatan sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 ( dua dari kanan)

Pengarah KPDNK Sabah Yahya Sulaiman tinjau harga barangan kawalan di Putatan sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 ( dua dari kanan)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan