Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekalan makanan mencukupi sempena perayaan

pasar2

KOTA KINABALU – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan tidak menerima sebarang laporan mengenai kekurangan bekalan bahan makanan sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Menterinya, Datuk Yahya Hussin berkata, bekalan untuk semua jenis makanan yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan tidak terjejas akibat bencana gempa bumi dan banjir lumpur yang berlaku di Kampung Mesilou, Kundasang Ranau.

“Kita ada stok bekalan makanan yang mencukupi untuk tiga bulan akan datang,” katanya ketika ditemui media pada Program  Pengagihan Bubur Lambuk kepada kakitangan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah di perkarangan Wisma Pertanian di sini hari ini.

Beliau juga mengakui terdapat pengusaha tani yang mengalami kerugian dan kehilangan hasil pendapatan akibat bencana berkenaan.

“Buat masa ini, penanaman benih cendawan yang diusahakan oleh Koperasi Pembangunan Desa (KPD) mengalami sedikit kerugian apabila tidak dapat disalurkan kepada petani lain akibat jalanraya ke kawasan terbabit rosak dan runtuh,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, agensi dan jabatan berkaitan juga sedang memantau dan mengkaji nilai kerugian yang dialami oleh pengusaha kebun sayuran lain di sekitar kawasan yang terjejas akibat bencana tersebut. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan