Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekalan Elektrik Di Daerah Tenom Dijangka Pulih Sepenuhnya Ahad Ini

tenom

KOTA KINABALU: Bekalan elektrik di Tenom, kira-kira 173 kilometer dari sini, yang terjejas akibat kebakaran satu daripada set alat ubah di Pencawang Masuk Utamanya (PMU) di daerah itu pada 3 Jun lalu dijangka pulih sepenuhnya Ahad ini.

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam kenyataannya Khamis berkata kakitangannya kini bekerja 24 jam tanpa henti untuk membaiki set alat ubah yang rosak teruk akibat kebakaran kira-kira 5.42 pagi itu bagi memulihkan bekalan elektrik di daerah berkenaan.

“Kejadian kerosakan ini juga mengakibatkan pihak SESB tidak lagi dapat menyalurkan bekalan seperti biasa iaitu melalui Sistem Rangkaian Grid kepada daerah Tenom.

“Bagi menampung sebahagian permintaan bekalan elektrik di kawasan berkenaan, pihak SESB telahpun memasang 10 set janakuasa bergerak dengan keupayaan 4.2MW untuk tujuan itu sementara menunggu kerja-kerja pembaikan siap,” kata SESB.

Menurut kenyataan itu, dua lagi set janakuasa yang dibawa daripada daerah lain dijangka tiba di Tenom esok dengan keupayaan menjana elektrik tambahan sebanyak 1.5MW menjadikan jumlah tenaga yang dijana melalui janakuasa bergerak kepada 5.7MW.

Bagaimanapun, SESB mengakui kesemua set janakuasa yang dipasang itu masih tidak dapat menampung permintaan tenaga elektrik untuk keseluruhan daerah itu yang mana rekod permintaan tertinggi adalah sebanyak 7.2MW sehari.

Sambil memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna, kenyataan itu berkata sementara menunggu bekalan pulih sepenuhnya, pihaknya akan melaksanakan catuan bekalan elektrik secara bergilir terhadap semua pengguna di Tenom.

Komen


Berita Berkaitan