Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,665

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Beijing keluar tahap merah

9:17am 08/12/2015 Pak Roshan 0 views Global
PASANGAN suami isteri dan anak mereka memakai topeng muka ketika kabut tebal menyelubungi Beijing, semalam.

PASANGAN suami isteri dan anak mereka memakai topeng muka ketika kabut tebal menyelubungi Beijing, semalam.

Beijing: Pihak berkuasa bandar raya ini semalam mengeluarkan amaran ‘tahap merah’ yang pertama berkait dengan pencemaran dan memberi amaran ibu negara China itu akan dilitupi kabut tebal mulai hari ini hingga Khamis.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya, pihak berkuasa Beijing mengarahkan semua kerja pembinaan dihentikan dan sekolah ditutup.

Notis itu yang dikeluarkan selepas kabut tebal menyelubungi bandar raya berkenaan sejak minggu lalu juga mengehadkan penggunaan beberapa jenis kenderaan di jalan raya bandar yang mempunyai 22.5 juta penduduk itu.

“Lori membawa sisa pembinaan, kenderaan yang digunakan untuk menggali, lori yang mengangkut simen dan batu serta kenderaan berskala berat dilarang dipandu di jalan raya sekitar bandar raya ini,” menurut notis berkenaan.

Amaran itu ialah peningkatan daripada tahap oren yang dikeluarkan hujung minggu lalu, sebahagian daripada sistem amaran empat warna bagi menetapkan keadaan pencemaran yang diguna pakai China.

Penduduk Beijing menyelar pihak berkuasa itu menerusi Internet minggu lalu kerana tidak mengeluarkan amaran tahap merah ketika kabut tebal melitupi ruang udara bandar raya berkenaan sehingga mengatasi paras berbahaya yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan