Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Beijing berang aktivis Filipina berkhemah di kepulauan Spratly

9:30am 29/12/2015 Pak Roshan 6 views Global
BEBERAPA aktivis berkhemah di tepi pantai selepas tiba di pulau Thitu.

BEBERAPA aktivis berkhemah di tepi pantai selepas tiba di pulau Thitu.

Beijing: Kerajaan China semalam berang dengan tindakan sekumpulan aktivis Filipina yang mendarat dan berkhemah di sebuah pulau di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Kira-kira 50 aktivis yang majoritinya pelajar tiba di pulau Thitu di kepulauan Spratly pada Sabtu lalu sebagai simbolik membantah tuntutan Beijing terhadap pulau berkenaan.

Kumpulan itu yang diketuai seorang bekas tentera laut merancang berkhemah di pulau yang dikenali penduduk Filipina sebagai Pagasa selama tiga hari.

China menuntut sebahagian besar wilayah di Laut China Selatan yang kaya dengan sumber asli walaupun beberapa negara termasuk Malaysia, Brunei, Filipina dan Indonesia turut menuntut beberapa kawasan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata, Beijing sangat tidak berpuas hati dengan tindakan kumpulan berkenaan.

Kang juga sekali lagi menegaskan, hak China terhadap semua wilayah di kepulauan Spratly tidak boleh dipertikaikan walaupun pulau Thitu kini dikuasai Filipina.

“Kami sekali lagi mendesak Filipina mengundurkan askar dan kemudahannya dari pulau berkenaan yang diduduki secara haram.

“Kerajaan Filipina juga mesti menahan tindakan yang boleh menjejaskan keamanan dan ke-
stabilan serantau serta hubungan kedua-dua negara,” katanya. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan