Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Begini cara nak dapatkan beg bagasi percuma daripada AirAsia yang ramai tidak tahu

Meskipun sudah bertahun-tahun menaiki penerbangan AirAsia ke mana-mana destinasi, terdapat ramai orang tidak mengetahui bahawa mereka selama ini tidak boleh mendapatkan beg bagasi percuma daripada syarikat penerbangan tambang murah itu.

Namun, terdapa terma dan syarat yang perlu dipatuhi sebelum mendapatkan beg percuma dari kaunter AirAsia di KLIA2. Antaranya beg bagasi anda perlulah benar-benar rosak selepas menaiki kapal terbang mereka.


Seorang pengguna Facebook, Adam Hakymye Shamsuri telah berkongsi cara-cara mudah untuk mendapatkan beg bagasi secara percuma ini.

“Asal naik pesawat balik KL saja dapat beg baru percuma. Kepada anda yang tidak tahu, mari sini abang beritahu cara-cara mudah ini. Bagi yang sudah tahu, diam-diam saja sudahlah. Kalau naik pesawat AirAsia, ada beg bagasi anda rosak ataupun pecah, silalah membuat laporan sebelum anda keluar daripada kawasan mengambil bagasi.

“Pihak AirAsia akan hanya memberikan sebuah beg baru on the spot. Tetapi saiz yang sama ataupun saiz yang lebih besar daripada anda itu. ”

“Abang sudah dua kali dapat beg baru percuma. Tetapi biasanya, di KLIA2 lah. Kalau di airport lain, abang rasa macam makan masa jugalah untuk dapat beg baru.”

Oh ya, lupa mahu beritahu, wajib beli insurans bagasi dulu ya. Lepas ni, kalau ada masalah bagasi jangan risau sebab AirAsia sedia membantu pelanggannya. Jadi, apa tunggu lagi? jom pergi bercuti.

Komen


Berita Berkaitan