Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beg Pakaian MH370 Dijumpai Di Reunion?

beg

PARIS – Ketika pasukan penyiasat Australia dan Malaysia bergegas ke pulau Reunion di Lautan Hindi susulan penemuan serpihan dipercayai milik MH370, media Perancis mula mendedahkan sesuatu yang lebih gempar!

Penemuan sebuah bagasi atau beg pakaian dikatakan milik penumpang pesawat MAS itu menjadi sensasi di seluruh dunia selepas disiarkan Linfo, sebuah laman web tempatan dari Reunion yang berbahasa Perancis.

Laman itu menyatakan, beg lusuh yang masih sempurna meskipun sudah sedikit terkoyak itu dijumpai seorang pekebun di pulau wilayah pentadbiran Perancis itu tidak jauh dari lokasi serpihan pesawat ditemui pada Rabu.

Ia dipercayai sudah lama terdampar di pantai Saint Andre sebelum secara kebetulan ditemui lelaki berkenaan pagi Khamis dan dia sempat merakamkan sekeping gambar yang turut dimuat naik menerusi laman mikro Twitter.

Gambar eksklusif yang dikongsi Antoine Forestier itu mula disebarkan awal hari ini sekali gus mencetuskan spekulasi kebarangkalian bangkai pesawat malang tersebut berada dalam lingkungan perairan Reunion.

Bagaimanapun tiada maklumat terperinci disertakan oleh pengirim berkenaan manakala pihak berkuasa Perancis setakat ini juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan mengenai penyiaran gambar tersebut.

– MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan