Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Beg bangkai

9:00am 21/09/2016 Pak Roshan 243 views Global
BEG ‘kucing glamer’ dibuat dengan menggunakan bangkai haiwan sebenar.

BEG ‘kucing glamer’ dibuat dengan menggunakan bangkai haiwan sebenar.

Auckland: Laman web bidaan New Zealand, TradeMe, menawarkan aksesori fesyen baru yang pelik dibuat daripada bangkai haiwan.

Satu beg dibuat daripada bangkai kucing, lengkap dengan kepala haiwan itu dijual di TradeMe dengan harga bermula daripada NZ$1,400 (RM4,200).

Menurut keterangan produk itu yang digambarkan sebagai ‘beg kucing glamer satu-satu seumpamanya’ menyatakan ia diperbuat pakar pengawet haiwan, Clare Hobbs sebagai cara meluahkan naluri dan keinginannya melalui seni terutama dengan menggunakan kucing sama ada yang liar atau dipelihara sebagai haiwan kesayangan.

Ia turut menyatakan tiada haiwan dibunuh semata-mata untuk dijadikan beg.

Jurucakap laman web berkenaan, Logan Mudge berkata, syarikat itu memastikan tiada kekejaman terhadap haiwan berlaku untuk menghasilkan beg berkenaan, lapor Stuff.co.nz. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan