Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BEFF KE-8 DENGAN KERJASAMA UNICEF

Pengarah Program Borneo Eco Film Festival, Melissa Leong (tengah( bergambar bersama wakil Unicef-Malaysia, Marianne Clark-Hattigh (dua kiri), Lembaga Pengarah BEFF, Dinoza Mahruf (kiri) selepas pada sidang media Borneo Eco Film Festival dan Unicef-Malaysia Partnership di Hilton, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Buat kali pertamanya, penganjuran Festival Filem Eko Borneo (BEFF) akan bekerjasama dengan Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF)-Malaysia.

Pengarah Program BEFF Melissa Leong berkata, penganjuran kali kelapan yang dianjurkan oleh ‘Melapi the Society for Holistic Outreach, Research and Environmental Action’ akan diadakan pada 2 November di pusat membeli belah Suria Sabah selama tiga hari.

“Kami ingin menyatakan bahawa penganjuran kali ini akan bekerjasama dengan UNICEF-Malaysia.

“Sudah pasti kami sentiasa mengalu-alukan dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang berkongsi matlamat serta prinsip yang sama.

“Kami percaya, kerjasama ini akan mendapat faedah yang lebih besar dalam mencapai matlamat penganjuran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, selaras dengan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), BEFF dan program Publika akan menyokong empat SDG berkenaan terutamanya

“Antaranya adalah Bandar dan Komuniti Mampan, Penggunaan dan Pengeluaran Mampan, Pengurangan Ketidaksamaan dan Kesaksamaan Gender.

“Dalam pada itu, kami akan melawat beberapa sekolah menengah antara Oktober sehingga November untuk mengadakan perbincangan mengenai kelestarian kepada hak-hak kanak-kanak.

“Ini adalah hasil inisiatif kerjasama antara BEFF dan UNICEF-Malaysia,” katanya.

Sementara itu, sempena BEFF, satu program turut dijalankan iaitu Program Kemampanan Pemimpin Muda (YL4S) yang mana membawa tiga projek pilihan utama iaitu The ‘No Plastic Straw’ Campus, Improve Waste Management at Pulau Gaya Through Youth Empowerment dan EcoYouth Green School Initiative.

Tambahnya, ia adalah satu platform kepada belia Sabah berumur 18 hingga 30 tahun untuk memperoleh pengetahuan penyelesaian masalah berkenaan kemampanan melalui satu siri bengkel yang akan dijalankan. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan