Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bedah jantung bayi dalam kandungan

Pasukan doktor yang melakukan pembedahan pada 21 September lalu, terhadap bayi dalam kandungan Xie (gambar kanan)
Pasukan doktor yang melakukan pembedahan pada 21 September lalu, terhadap bayi dalam kandungan Xie (gambar kanan)

Beijing: Pasukan perubatan China berjaya melakukan pembedahan jantung seorang bayi yang masih dalam kandungan ibunya, pembedahan pertama seumpamnya di China.

Sepasukan doktor dan pembantu di wilayah Guangdong, selatan China, melakukan pembedahan selama 20 minit pada 21 September lalu, bagi memperbaiki jantung bayi itu yang mengalami masalah.

Menurut laporan People’s Daily Online, doktor di Hospital Besar Guangdong menggunakan jarum mini ketika melakukan pembedahan jantung bayi dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Ibu bayi itu dikenali sebagai Xie, diberitahu satu saluran ke injap jantung bayi dalam kandungannya terlalu sempit, menyekat darah dari jantung ke paru-paru.

Menurut doktor, pembedahan perlu dilakukan segera kerana jika dibiarkan, bayi akan lahir dengan hanya satu injap berfungsi menyebabkan nyawanya terancam.

Doktor memasukkan jarum ke dalam saluran yang sempit itu sebelum memasukkan alat, termasuk belon khas bagi membuka saluran berkenaan.

Empat hari selepas pembedahan, perjalanan darah dari injap bayi itu yang hampir tersumbat, bertambah baik menunjukkan pembedahan berkenaan berjaya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan