Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beckham sokong Britain kekal dalam EU

David-Beckham1
David Beckham

London: Bekas ketua pasukan bola sepak England, David Beckham menyokong kempen Britain ‘kekal’ dalam Kesatuan Eropah (EU).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kumpulan Britian Lebih Kuat Dalam Eropah menjelang pungutan suara Khamis ini, Beckham yang popular dan berpengaruh berkata, keputusannya dibuat selepas mengenang rakan sepasukannya dari Eropah yang membantu kejayaannya ketika dia bermain untuk pasukan Manchester United.

Menurutnya, walaupun sebahagian besar pemain pasukan itu yang memenangi kejohanan Inggeris dan Eropah terdiri daripada pemain Britain, tetapi pasukan itu lebih baik dan berjaya kerana adanya penjaga gol berasal dari Denmark, Peter Schmeichel, kapten dari Ireland, Roy Keane dan kelincahan pemain dari Perancis, Eric Cantona.

Beckham juga berkata, dia bertuah kerana dapat bermain dengan pasukan Eropah lain seperti di Madrid, Milan dan Paris.

“Kerana alasan itu, saya akan menyokong Britain kekal dalam EU,” kata Beckham dalam kenyataannya.

 Keputusannya disambut baik oleh Perdana Menteri, David Cameron.

Selain Beckham, bekas rakan sepasukannya, Rio Ferdinand juga berkata, dia akan menyokong untuk mengekalkan Britain dalam EU.

Rakyat Britain akan mengundi Khamis ini untuk menentukan sama ada negara itu akan kekal atau keluar dari Kesatuan Eropah.

Sehingga semalam, penyokong ‘Kekal’ dan ‘Keluar’ dilaporkan sama banyak. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan