Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bebiri bantu polis tahan penjenayah

9:51am 23/01/2016 Pak Roshan 6 views Global
POLIS menahan beberapa lelaki yang cuba melarikan diri sebelum usaha mereka dihalang sekawan biri-biri.

POLIS menahan beberapa lelaki yang cuba melarikan diri sebelum usaha mereka dihalang sekawan biri-biri.

Queenstown (New Zealand): Sekawan biri-biri milik seorang anggota polis menjadi wira apabila membantu pihak berkuasa di sini menyekat sebuah kereta yang dikejar selama 90 minit sebelum itu.

Polis mula mengejar kereta Honda Intergra itu selepas didapati dipandu laju tanpa nombor pendaftaran pagi semalam.

Usaha menahan kereta berkenaan bermula dari kawasan di Central Otago sebelum ia berterusan hingga ke kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, lebih 150 biri-biri yang memenuhi jalan raya di sebuah ladang menyekat kereta berkenaan menyebabkan ia terpaksa berhenti, membolehkan polis menahan beberapa orang di dalamnya.

Apa yang menarik, biri-biri itu milik seorang polis tempatan.

“Saya mula merakam gambar, tetapi ia sangat kelakar. Saya tidak dapat menahan diri daripada ketawa,” kata Che Baker, wartawan agensi media New Zealand, Fairfax yang berada di tempat kejadian.

“Pengembala biri-biri itu melakukan kerjanya seperti tiada apa yang berlaku. Haiwan itu pula tidak terganggu dengan kejadian berkenaan tanpa menyedari mereka telah membantu polis,” kata Baker. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan