Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Beberapa ordinan akan ditambah baik bagi selesaikan masalah setinggan’-Jaujan

 

KOTA KINABALU: “Kita akan  tambah baik beberapa ordinan di kementerian kerajaan tempatan dan kajian juga akan dilakukan bagi melihat kelemahan serta langkah terbaik yang dapat kita laksanakan untuk mengatasi masalah setinggan di negeri ini.”

Demikian ditegaskan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong sebagai langkah menyelesaikan masalah setinggan di negeri ini.

Beliau  berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi yang berkaitan bagi membincangkan perkara itu.

“ Kita telah merangka beberapa dasar untuk menyelesaikan masalah setinggan ini namun kita belum dapat mengumumkannya sekarang kerana masih terdapat beberapa perkara yang perlu kita perincikan,”katanya.

Jelas beliau, langkah itu adalah perlu  berikutan masalah rumah setinggan di negeri ini telah lama berlarutan namun masih belum dapat diselesaikan sehingga kini.

Beliau berkata demikian ketika sidang media, di Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

Menurut Jaujan, antara punca berlakunya masalah setinggan ini adalah penghijrahan penduduk luar bandar ke kawasan bandar bagi mendapatkan pekerjaan dan perkara ini perlu diberi perhatian untuk diselesaikan.

Katanya, ketika ini sebanyak 14,177 buah rumah mampu milik sedang dibina di negeri ini namun ia belum mampu menyelesaikan masalah setinggan yang berlaku di Sabah.

“Kalau mengikut data yang ada dalam rekod senarai daripada  agensi berkenaan, Jabatan Perumahan Negara telah membina 5,525 unit rumah, juga LPPB 423,  PR1MA 4532 dan juga SPNB 2401, itupun belum cukup menampung keperluan rumah di sabah ini,”katanya./SayangSabah

Jaujan (kanan) ketika sidamg media berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan