Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beberapa Kawasan Di Mukim Bingkor, Keningau Alami Gangguan Bekalan Air

04082009003
gambar hiasan

KENINGAU : Beberapa kawasan di Mukim Bingkor mengalami gangguan bekalan air bersih ekoran fenomena El-Nino serta musim panas dan kering yang melanda negara.

Antara kampung yang terputus bekalan air sama sekali ialah Kampung Sandapak, Kampung Singgahmata dan Kampung Binkor Lama.

Seorang penduduk Kampung Bingkor Lama, Juanita Ribus,43, berkata sejak sebulan lepas, tekanan air di kampungnya menjadi rendah dan dalam tempoh dua minggu bulan ini, bekalan air ke kampungnya terputus sama sekali.

“Kami kini cuma bergantung kepada air yang kami simpan dalam tangki dan air hujan yang kami tadah sebelum ini sebagai sumber air kami.

“Kalau untuk minum dan masak, kami menggunakan air minuman dalam botol. Kami terpaksa tumpang mandi dan mencuci kain di rumah ibu bapa kami di Kampung Bingkor Baru yang masih ada bekalan air. Kadang-kadang kami juga pergi ke kedai dobi atau Sungai Bayayo (untuk membasuh kain),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Elvina Jallis, 31, dari Kampung Tangkungon, berkata gangguan bekalan air di kampungnya sudah berlaku sejak tiga minggu lepas.

Katanya penduduk kampung berkenaan terpaksa bergantung kepada Sungai Tangkungon untuk mendapatkan bekalan air untuk keperluan harian.

Sementara itu, Jurutera Air Bahagian Keningau, Tam Yin Foon, ketika dihubungi, berkata masalah tekanan air paip yang rendah di daerah berkenaan berpunca daripada keadaan air sungai yang semakin cetek, sekali gus menyebabkan kurangnya air sungai yang dapat dipam.

Katanya ketiga-tiga sungai utama yang menjadi sumber air di daerah Keningau iaitu Sungai Bayayo, Sungai Liawan dan Sungai Pampang sudah mulai kering.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan