Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beberapa kampung di Tawau alami banjir kilat

TAWAU: Hujan lebat sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kampung dan kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.

Tinjauan mendapati, antara kawasan terjejas ialah Bampung Baru Batu 2, Kampung Rawa-rawa, Kampung Pasir Putih dan beberapa kawasan rendah berhampiran sungai di sini.

Difahamkan, hujan lebat bermula kira-kira jam 3 pagi tadi.

Penduduk Kampung Baru Batu 2, Asri Budiman, 32, berkata masalah banjir di kampungnya bukan perkara baharu kerana ia berlaku setiap kali hujan lebat.

Katanya, keadaan sungai yang cetek tidak dapat menampung limpahan air dari kawasan hulu sungai dan keadaan bertambah buruk apabila bertembung dengan air pasang.

“Memang kawasan di sini rendah, selain terletak berhampiran sungai menyebabkan kerap dilanda banjir kilat.

“Setiap kali hujan lebat, penduduk kebiasaannya sudah bersedia untuk mengalihkan barang, termasuk kenderaan ke kawasan lebih tinggi,” katanya kepada NSTP.

Sementara itu, jurucakap pusat gerakan Balai Bomba dan Penyelamat Tawau ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berkaitan banjir kilat.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya sentiasa bersiap sedia berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. – Oleh Abdul Rahemang Taiming/BH Online

HUJAN lebat sejak awal pagi mengakibatkan beberapa kampung dan kawasan di daerah Tawau dilanda banjir kilat. Foto Abdul Rahemang Taiming

Komen


Berita Berkaitan