Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Beberapa Jalan Di Tawau Ditutup Sempena FKAT 2016

8:37pm 20/10/2016 Pak Roshan 634 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

tawau2

TAWAU : Beberapa jalan di Tawau ditutup sempena Festival Kebangsaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2016 yang akan diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Sabtu ini.

Presiden MPT Alijus Sipil berkata penutupan jalan telah bermula sejak semalam (19 Okt) melibatkan Jalan Persatuan berhadapan Mahkamah Tawau hingga Dataran MPT bagi menjayakan raptai FKAT.

“Jalan Dunlop dari kedua-dua arah iaitu dari Bulatan Al-Kauthar hingga Bangunan UMNO akan ditutup bermula 12 tengah malam hingga 6 pagi esok (21 Okt) untuk tujuan pemasangan skrin lampu diod pemancar cahaya (LED).

“Sementara pada 22 Okt pula, jalan yang akan ditutup adalah Jalan Persatuan berhadapan Mahkamah Tawau hingga Public Bank dari tengah malam sehingga festival selesai pada 5 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alijus berkata warga Tawau dijemput hadir memeriahkan FKAT 2016 yang menampilkan keunikan pelbagai etnik dan diserikan persembahan artis tempatan seperti Firman AF 2014, juara Ceria Pop Star 2016 Siti Junaidah dan Amir Ukays.

Penganjuran FKAT pada kali ini juga merupakan ‘acara tanpa sampah’ dan diharapkan orang ramai turut sama menjayakan kempen ini demi kesejahteraan bersama, katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan