Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Beban 1.2kg

11:30am 19/11/2015 Pak Roshan 727 views Global
JURURAWAT menunjukkan batu karang yang dikeluarkan dari buah pinggang Zhang.

JURURAWAT menunjukkan batu karang yang dikeluarkan dari buah pinggang Zhang.

Beijing: Sekumpulan doktor di sebuah hospital di wilayah Hubei, tengah China terkejut selepas mengeluarkan batu karang seberat 1.2 kilogram dari buah pinggang seorang lelaki berusia 70 tahun.

Batu karang setinggi 14 sentimeter itu dikeluarkan dari buah pinggang Zhang Guolun selepas menjalani pembedahan selama dua jam kelmarin.

Pasukan perubatan di Hospital Rakyat Daerah Luotian terkejut kerana batu karang itu dibiar membesar di dalam badan Zhang selama bertahun-tahun.

Profesor Xu Liangshan yang mengetuai pembedahan itu berkata, batu karang itu adalah yang paling besar yang pernah dilihatnya.

“Batu karang yang besar sangat jarang ditemui di China.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan