Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Beaufort Catat Bacaan IPU Tidak Sihat

2:54pm 04/04/2016 Pak Roshan 546 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

CewPVErXIAUcg7q

KOTA KINABALU : Daerah Beaufort mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 161 setakat 8 pagi ini.

Menurut jurucakap stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah, ketika dihubungi Bernama, berkata kawasan Kota Kinabalu mencatatkan IPU 60, Keningau (58), Tawau (23) dan Sandakan (22).

Jurucakap berkenaan berkata pihak JAS Sabah telah membuka stesen pengawasan kualiti udara sementara di Beaufort bagi memantau keadaan jerebu dari masa ke semasa.

Hari ini sebanyak 77 buah sekolah di Beaufort, Membakut, Bisuluk, Papar, Bongawan dan Kuala Penyu ditutup kerana catatan IPU tidak sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Sementara itu, menurut laman sesawang Jabatan Metereologi,Keningau setakat pagi ini merekodkan suhu 35.5 darjah selsius, Kota Kinabalu (34.1), Ranau (33.0), Sandakan (32.9), Tawau (32.0) dan Kudat (31.8).

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan