Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Beaufort Catat Bacaan IPU Sederhana

11:42am 05/04/2016 Pak Roshan 86 views Beaufort,Mutakhir,Tempatan

CclO_LTUsAEdYcM

KOTA KINABALU : Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Beaufort semakin baik setakat pukul 9 pagi hari ini dengan catatan IPU 92 berbanding 142 petang semalam.

Jurucakap stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah ketika dihubungi Bernama, berkata baccan itu menunjukkan tahap sederhana mengikut skala IPU.

Daerah Sandakan juga menunjukkan penurunan IPU daripada 31 petang semalam kepada 20 pagi ini.

Bagaimanapun, daerah Kota Kinabalu menunjukkan sedikit peningkatan daripada 70 petang semalam kepada 71 pagi ini.

Menurut laman sesawang JAS, IPU daerah Keningau masih kekal 58 manakala daerah Tawau merekodkan IPU 27 berbanding 29 semalam.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai  baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak  sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke  atas (bahaya).

Sementara itu, menurut laman sesawang Jabatan Metereologi, Keningau setakat pagi ini merekodkan suhu 35.5 darjah Celsius, Kota Kinabalu (34.3), Kudat (33.2), Ranau (33.1), Sandakan (32.3) dan Tawau (31.3).

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan