Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,770

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BBQ Restaurant Deli Korea johan ‘Tandas Bersih Restoran Dan Kedai Kopi’

6:14pm 28/11/2016 Leolerry Lajius 32 views Kota Kinabalu,Tempatan
Yeo menyampaikan hadiah kepada pemenang sempen majlis berkenaan.

Yeo menyampaikan hadiah kepada pemenang sempen majlis berkenaan.

KOTA KINABALU : BBQ Restaurant Deli Korea dinobatkan selaku johan dalam pertandingan ‘Tandas Bersih Restoran Dan Kedai Kopi’ dan diberi pengiktirafan lima bintang oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
 
Dengan kemenangan ini, restoran yang terletak di Karamunsing Capital itu menerima hadiah RM 2,000, sijil dan plak lima bintang tandas bersih. Naib johan milik kepada Nook Cafe, Jalan Dewan, naib johan itu diberi pengiktirafan empat bintang serta RM 1,500, sijil dan plak pengiktirafan. Bagi tempat ketiga pula, dua peserta diberi pengiktirafan empat bintang iaitu Yu Cafe, Luyang Phase 1 dan Shiki Izakaya Japanese Restaurant, Lintas Square. Kedua peserta terbabit menerima hadiah RM 750 ringgit serta sijil dan plak.
 
Manakala penerima saguhati ialah The Salt Pepper Restaurant, Metro Town dan Secret Recepi, Warisan Square. Penerima tersebut turut diberi RM 500 ringgit serta sijil. Sebanyak 12 buah restoran dan kedai kopi yang bertanding telah dipilih daripada 1100 buah restoran di kawasan Bandaraya ini. Penyampaian hadiah kepada pemenang dilaksanakan oleh Mayor Bandaraya Datuk Yeo Boon Hai di Bilik Mesyuarat, Bangunan Ibu Pejabat DBKK, hari ini.
 
Kata Yeo, tujuan penganjuran ini adalah untuk mengenalpasti tandas bersih di restoran sekitar bandaranya. Ia juga memberi inisiatif dan galakkan kepada pemilik tandas restoran berkenaan.
 
“ Oleh itu, diharapkan kepada seluruh pemilik premis restoran dapat menanam budaya seterusya komited membersihkan tandas masing-masing,” katanya ketika berucap sempena majlis tersebut.
 
Selaku Mayor bandaraya, beliau amat menghargai usaha-usaha peserta yang bertanding untuk menunjukkan prestasi kebersihan tandas yang begitu cemerlang untuk kegunaan orang awam.
 
“ Selain daripada itu, tandas yang bersih bukan sahaja penting untuk keselesaan tetapi asas kepada kesihatan masyarakat,” kata Yeo.
 
Oleh yang demikian, pihaknya berharap usaha sebegini tidak akan berakhir di sini sahaja malah satu permulaan untuk mengekalkan dan meningkatkan lagu mutu kebersihan tandas di premis masing-masing.
 
Turut hadir dalam majlis itu, Konsultan Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Maimunah Khalid, Ketua Pengarah projek Jabatan Kesihatan Persekitaran (JKPB) DBKK Robert Lipon dan lain-lain.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan