Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BAZAAR MUZIK FEST 31 OGOS – 2 SEPT

Mustazza (kiri) dan Editor OnlineFM, Jasni Umin mempamerkan poster BMF #10 yang akan diadakan pada 31 Ogos hingga 2 September ini. Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Para peminat muzik di sini, jangan lepaskan berpeluang untuk memeriahkan Bazaar Muzik Fest (BMF) #10 pada 31 Ogos hingga 2 September ini yang diadakan di Laman Seni Wisma Budaya sempena Bulan Kemerdekaan.

Lebih 40 buah kumpulan muzik tempatan dan luar iaitu dari Sarawak dan Brunei Darussalam bakal menghiburkan pengunjung terutama peminat muzik underground, blues dan rock dengan lagu-lagu asal mereka dalam festival selama tiga hari itu nanti.

Pengasas OnlineFM yang juga penganjur, Mustazza Othman berkata, lebih 5,000 pengunjung dijangka menghadiri BMF yang bermula pukul 2 petang hingga 10 malam.

Katanya, selain konsert, kira-kira 100 buah gerai jualan juga akan dibuka kepada pengunjung bagi memberikan peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan produk-produk mereka.

Poster promosi aktiviti semasa Bazaar Muzik Fest nanti.Gambar Fail SNT

“Kita telah mengadakan BMF sejak 2013 dan sambutan daripada pengunjung amat menggalakkan. Tetapi ia adalah penganjuran dwi tahunan.

“Objektif BMF bukan sahaja memberi hiburan tetapi pada masa sama menonjolkan bakat pemuzik tempatan di Sabah yang memerlukan platform khusus untuk mengutarakan karya mereka kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, katanya, sempena BMF, satu pertandingan muzik akan dianjurkan melibatkan tiga kategori iaitu Gitar Solo, Bass Solo dan Drum Solo.

Katanya, johan bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai RM1,000, trofi dan sijil manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing RM800 dan RM500, trofi dan sijil.

“Peserta termuda yang mendaftar dengan kami untuk pertandingan ini ialah adik Mohd. Adeb Rizqi dari Lahad Datu. Dalam pertandingan ini, kami telah menghadkan penyertaan peserta di bawah 18 tahun sahaja,” ujarnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan