Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayi terkecil dunia bedah jantung

Bayi seberat 470 gram yang dilahirkan selepas 28 minggu kehamilan di Udaipur, India.

BAYI yang dilahirkan tidak cukup bulan hanya seberat 470 gram dan hanya sepanjang tapak tangan menjadi bayi terkecil dunia menjalani pembedahan jantung dengan selamat di sebuah hospital kerajaan India di Udaipur, Rajasthan, minggu ini.

Mata, paru-paru dan kulit bayi dilahirkan selepas 28 minggu dalam kandungan yang belum diberi nama itu belum terbentuk menyebabkan ia amat sensitif pada sentuhan.

Ia menghadapi masalah dikenali sebagai Patent Ductus Arteriosus yang dua saluran darah utama pada jantungnya bersambung menyebabkan bayi itu sukar bernafas.

Menurut udaipurtimes.com, selepas dua minggu dilahirkan, sepasukan doktor terpaksa melakukan pembedahan jantungnya apabila ia tidak lagi memberi tindak balas pada ubat.

Dr Sunil Jangid yang melakukan pembedahan itu di Kolej Perubatan dan Hospital Geetanjali di Eklingpura, India, berkata sambungan dua saluran darah itu biasanya kekal selama bayi berada dalam rahim ibu.

“Ia terpisah sendiri selepas dilahirkan dan jika tidak terpisah, dirawat dengan ubat.

“Namun ubat tidak berkesan pada bayi ini menyebabkan pembedahan yang amat berisiko terpaksa dilakukan,” katanya.

Menurutnya, pembedahan itu amat sukar kerana bayi terbabit terlalu lemah dan tidak boleh terkena sentuhan.

“Bayi itu hanya seberat 470 gram, sebesar tapak tangan dan pembedahan bayi sebesar itu amat mencabar kerana banyak bahagian tubuhnya belum matang,’ katanya.

Peralatan bedah mini khas digunakan dalam pembedahan.

Bapa bayi itu dikenali sebagai S P Jain, berkata kemampuan anaknya selamat amat menakjubkan.

Jain dan isterinya yang tinggal di Udaipur sudah lama berusaha mendapatkan anak dan menjalani rawatan IVF yang membawa kepada kelahiran bayi berkenaan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan