Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,796

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bayi saya Uber

9:44am 17/12/2015 Pak Roshan 100 views Global
BABLI dan bayinya.

BABLI dan bayinya.

New Delhi: Seorang wanita di sini menamakan anaknya Uber selepas melahirkan bayi itu di dalam teksi ketika dalam perjalanan ke hospital.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Babli terpaksa menghubungi Uber, syarikat yang mengendalikan perkhidmatan teksi untuk membawanya ke hospital selepas gagal mendapatkan ambulans.

Menurut pemandu teksi Shahnawaz Khan, dia menjemput Babli bersama dua penumpang wanita lain.

Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan ke hospital Safdarjung di Delhi apabila dia terpaksa memberhentikan kenderaannya bagi membolehkan Babli melahirkan anaknya di dalam teksi berkenaan.

Shahnawaz bersama dua lagi penumpang menyediakan tempat yang selesa untuk Babli dalam teksi itu supaya dia dapat melahirkan bayi dengan selamat.- myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan