Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bayi Rentung

11:24am 19/11/2015 Pak Roshan 215 views Global

 

Texas (Amerika Syarikat): Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan mati rentung dalam ketuhar akibat permainan yang berakhir tragedi selepas ibunya meninggalkannya bersama tiga beradiknya yang cuma berusia tiga hingga lima tahun.

J’zyra

J’zyra

Thompson ditemui maut awal pagi kelmarin di sebuah apartmen di timur laut Houston. Ketika kejadian, bayi itu ditinggalkan bersendirian bersama adik-beradiknya yang lain pada Isnin lalu sementara ibu mereka keluar bekerja.

Sepanjang ketiadaan ibu mereka, tiga kanak-kanak berkenaan mula bermain dengan ketuhar sehingga lewat malam, tetapi keadaan bertukar cemas menyebabkan seseorang menghubungi talian kecemasan.

Pasukan kecemasan yang tiba di tempat kejadian menemui mayat J’zyra berhampiran ketuhar. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada bayi malang itu mati kerana dimasukkan ke dalam ketuhar terbabit atau diletakan di atas dapur gas.

Laporan mengatakan, ibu mereka yang hamil meninggalkan mereka dalam jagaan teman lelakinya sebelum keluar bekerja. Tetapi, ketika kejadian berlaku hanya empat kanak-kanak itu berada di dalam rumah.

Setakat ini, polis masih belum mengeluarkan apa-apa tuduhan berhubung kes itu.

Nenek bayi malang itu, Gina Dennis ketika ditemu bual berkata:“Dia bayi yang sangat comel. Saya masih belum dapat menerima kenyataan.”

Bapa saudara J’zyra, Jessie Braden berkata: “Saya perlu tahu apa yang berlaku? Apa sebenarnya yang berlaku, supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.”

Sementara itu, seorang jiran di
kompleks apartment itu memberitahu, mereka sering melihat kanak-kanak berkenaan tinggal bersendirian di rumah.

“Hanya memakai lampin, tiada baju, kasut atau apa-apa, di mana ibu dan bapa mereka?” kata Miranda Oneil Johnson.

Sementara itu, akaun GoFundMe ditubuhkan untuk membantu kos pengebumian bayi berkenaan.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan