Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayi Perempuan Ditinggal Telanjang Celah Pokok

Bayi

Nilai – Seorang bayi perempuan ditemui dibuang berhampiran sebuah longkang berdekatan sebuah bukit di Taman Pelangi Indah, Mantin, di sini, pagi tadi.

Sumber polis berkata, bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan telanjang oleh seorang penduduk yang keluar untuk bersenam pada jam 6.15 pagi.

Sebaik melalui satu kawasan, penduduk berkenaan yang merupakan wanita berusia 40-an dikatakan terdengar tangisan bayi.

“Dia kemudian terkejut selepas mendapati seorang bayi ditinggalkan di celah batu serta pokok,” katanya.

Sehubungan itu penduduk terbabit menghubungi pihak polis sebelum ambulans tiba dan membawa bayi yang ditemui ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, dekat sini. –myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan