Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayi Maut Tercampak Dari Kereta Di Dungun

bayi maut

KUALA TERENGGANU, 25 Julai (Bernama) — Seorang bayi berusia lima bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandu ibu saudaranya di Km 110, Jalan Jerangau-Jabor dekat Ladang Espek Risda, Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Dungun tengah hari tadi.

Muhammad Ammar Mohd Sobri parah di kepala dan meninggal serta merta di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata bayi terbabit dipangku neneknya di bahagian belakang kereta yang turut dinaiki ibunya.

“Insiden dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan terbalik,” katanya ketika dihubungi.

Ibu saudara bayi itu, Noor Aini Abu Bakar, 30, patah tangan kiri dan nenek bayi tersebut yang cedera di muka dihantar ke Hospital Dungun.

Ibu bayi berkenaan yang dikenali sebagai Nor Asikin Abu Bakar cedera ringan dan turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Sementara itu di Kemaman, seorang penunggang motosikal maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta di Km 115, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Bandar Baru Kerteh pagi tadi.

Mohd Jamal Musa, 39, dari Kemasek meninggal ditempat kejadian dalam kemalangan 7.15 pagi itu.

Jurucakap polis berkata mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Petroleum, Kerteh sementara pemandu kereta itu dari Kuala Lumpur mahu pulang beraya ke Dungun.

Komen


Berita Berkaitan