Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bayi Maut Sebab Bapa Malas Guna Jejantas

3:14pm 19/11/2015 Pak Roshan 304 views Aktiviti,Mutakhir

bayi

JOHOR- Seorang bayi maut manakala bapanya cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di hadapan Flat Sri Stulang, pagi tadi.

Kejadian pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila seorang lelaki yang dikatakan bapa kepada bayi yang berumur dalam lingkungan setahun itu ingin melintas jalan yang sibuk ketika itu, tanpa menggunakan jejantas.

Dua beranak itu kemudiannya dilanggar oleh sebuah kenderaan yang masih belum dikenalpasti jenisnya, menyebabkan bayi itu tercampak dan mati di tempat kejadian.

Impak daripada perlanggaran tersebut, bapa bayi itu turut mengalami cedera parah di bahagian kepala.

Identiti mangsa belum dikenalpasti setakat ini, tetapi disahkan bahawa mereka adalah berketurunan Melayu.

Maklumat mengenai insiden ini diperolehi daripada seorang pengguna Twitter yang enggan namanya disiarkan. -MYNEWSHUB.CC

lol

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan