Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayi mati selepas dimandi air panas

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Jeddah: Seorang bayi baru lahir mati selepas dimandikan ibu saudaranya dengan air panas, sebahagian daripada tradisi masyarakat Arab ketika menyambut kelahiran anak.

Polis melancarkan siasatan sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu.

Menurut sumber, kes itu dirujuk kepada pejabat pendakwa raya yang bercadang mendakwa ibu saudara mangsa atas tuduhan melakukan pembunuhan terancang.

Menurut akhbar Al Watan, polis menerima laporan daripada sebuah klinik swasta, tempat bayi itu dibawa selepas kejadian.

Turut disoal ialah ibu bapa bayi berkenaan.

Al Watan melaporkan, bayi itu didera dan ibunya memberitahu polis adiknya yang bertanggungjawab menyebabkan kematian anaknya.

Laporan forensik menunjukkan mangsa melecur di beberapa bahagian sensitif hingga menjejaskan kesihatannya dan menyebabkan dia mati. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan