Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayi Mati Kelaparan Selepas Ibu Maut Akibat Dadah Di Dalam Rumah

bayii

Pittsburgh – Seorang bayi berusia sembilan bulan ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati akibat kelaparan di dalam sebuah pangsapuri selepas ibunya mati akibat pengambilan dadah, kira-kira dua minggu sebelum itu.

Mayat bayi berkenaan, Casey Kessler ditemui di ruang depan rumah manakala mayat ibunya, Sara Kessler, 22, ditemui di atas katil.

Lebih mengharukan, jiran-jiran di pangsapuri berkenaan mendengar bayi tersebut menangis selama beberapa hari namun tiada yang membantu.

Kematian dua beranak itu hanya diketahui selepas abang Sara mengunjungi pangsapuri tersebut, setelah lama tidak mendengar khabar berita daripada adiknya itu.

Menurut doktor, bayi itu hanya mampu bertahan selama seminggu tanpa air.

Dalam pada itu, jiran mereka, Gonzalez, yang menetap di tingkat satu pangsapuri tersebut berkata, dia amat terkilan kerana tidak menyangka bayi itu meninggal dunia keseorangan dalam keadaan kelaparan.

“Saya amat sedih apabila memikirkan bayi itu merayau ke seluruh rumah untuk mencari makanan dan berada dalam keseorangan bersama dengan mayat ibunya.

“Bayi itu cuba untuk hidup namun tiada makanan atau minuman di dalam rumah terbabit,’’ katanya.

Menurut jiran yang lain pula, Sara merupakan seorang penagih dadah dan dia menjadi tertekan selepas kematian ibunya.

Sara dan bayinya itu menetap di tingkat dua pangsapuri berkenaan dan ketika itu hanya mereka yang berada di tingkat tersebut.

Polis turut menemui dadah dan jarum suntikan di dalam rumah berkenaan.- MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan