Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bayi ‘Kepala Dua’ Selamat Jalani Pembedahan Buang Ketulan

11:52am 22/04/2016 Pak Roshan 302 views Global

335E104300000578-0-image-a-12_1461179573928

INDIA – Seorang bayi dilahirkan seakan -akan mempunyai dua kepala kerana mempunyai ketulan darah dan bendalir otak di bahagian belakang kepalanya.

Menurut laporan Dailymail, Yamanoor Naranal yang baru berusia lima bulan dilahirkan dengan penyakit Encephalocele yang menyebabkan bendalir otak keluar dari tengkorak dan berkumpul di bawah lapisan kulit kepala.

Yamanoor Naranal

335E102B00000578-0-image-a-20_1461179660242

Kedua-dua ibu bapa Yamanoor iaitu Karriappa Naranal, 35 dan Shridevi Naranal, 28 yang berasal dari perkampungan Tavariyara di selatan Karnataka, India, dikhabarkan bahawa anak mereka mempunyai harapan tipis untuk meneruskan kehidupan.

Walaupun sudah mengetahui risiko yang terpaksa dihadapi, pasangan ini nekad berusaha meminta pertolongan daripada beberapa buah hospital kerajaan di Kustagi, namun ditolak.

Setelah hampir berputus asa, seorang pekerja pusat kesihatan mencadangkan Kariappa pergi ke Bangalore untuk mendapatkan rawatan di hospital yang lebih baik.

Kariappa dan Shridevi bagaimanapun mengambil risiko dengan membenarkan pembedahan dengan rekod kejayaan nipis sebanyak 50-50 di sebuah hospital di Bangalore.

Selepas pembedahan selama enam jam, doktor berjaya mengeluarkan ketulan darah dan bendalir otak berukuran diameter 20 sentimeter.

“Bayi berisiko dilahirkan dengan keadaan sebegini sekiranya ibu mengandung tidak mempunyai asid folic yang cukup,” kata Doktor Hariprakash Chakravarthy pakar neuro di Hospital Sapthagiri.

Tambah Dr Hariprakash lagi, harapan untuk pembedahan ini sangat tipis memandangkan bayi tidak mampu mengalami pendarahan yang banyak ketika pembedahan.

“Kehilangan darah sebanyak 10ml sehingga 20ml sudah cukup untuk membuat jantung seorang bayi terhenti. Kami bersyukur kerana pembedahan ini berjaya dan bayi tersebut selamat”.

Bapa Yamanal berterima kasih kepada doktor dan pekerja pusat kesihatan itu kerana memberi peluang untuk anaknya hidup walaupun terpaksa menjalani rawatan susulan setiap tiga bulan.

“Saya tidak percaya ia akan berakhir dengan gembira, terima kasih kepada Tuhan dan doktor,” kata Kariappa. -MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan