Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bayi Kepala Dua Lahir Lagi Di Bangladesh

3:51pm 13/11/2015 Pak Roshan 546 views Global,Mutakhir

baby2

DHAKA  – Sekumpulan doktor tempatan di sebuah hospital di ibu kota Bangladesh dilaporkan bertungkus-lumus sedang merawat seorang bayi berkepala dua sejak Khamis, lapor agensi berita antarabangsa AFP di sini.

Menurut pegawai perubatan dan bapa bayi itu, kanak-kanak kecil tersebut dilahirkan pada Rabu dan kini dirawat kerana mengalami masalah pernafasan setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital terbesar di Dhaka.

Apabila saya kali pertama melihat bayi saya, saya berasa terkejut. Dia mempunyai dua kepala yang sempurna malah minum susu melalui dua mulut dan bernafas melalui dua hidung,” kata Jamal Mia, bapa bayi itu.

“Namun, saya masih lagi bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kedua-dua bayi perempuan dan ibunya itu disahkan sebagai selamat,” tambah lelaki berkenaan lagi ketika ditemui AFP.

Abu Kawsar, pemilik ‘Standard Hospital of Total Healthcare‘ tempat bayi itu dilahirkan secara pembedahan berkata, pemeriksaan awal menunjukkan kanak-kanak tersebut hanya mempunyai satu set organ penting.

Kecuali dua kepalanya, manakala organ-organ tubuh yang lain didapati berfungsi dengan normal sama seperti bayi-bayi biasa yang lain,” jelas beliau ketika dihubungi AFP.

Bapa kepada bayi tersebut, seorang pekerja ladang, berkata beliau berasa bimbang tentang bagaimana untuk menguruskan kehidupan bayinya itu jika perbelanjaan yang besar diperlukan kelak.

Saya berasa sedih untuknya. Dia dilahirkan kepada seorang lelaki yang hidup miskin. Saya sendiri tidak mempunyai wang cukup untuk menyara kehidupan ibunya,” ujar beliau.

Sebelum ini, seorang lagi bayi yang berkepala dua pernah dilahirkan di Jessore, barat daya Bangladesh pada 26 Ogos 2008 lalu tetapi kemudian meninggal dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan