Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayi dua kepala

KEMBAR perempuan berkenaan masih dirawat di hospital.
KEMBAR perempuan berkenaan masih dirawat di hospital.

Gresik (Indonesia): Sepasang suami isteri di Gresik, Jawa Timur terkejut selepas kandungan yang mereka sangka kembar rupanya bayi perempuan dengan dua kepala.

Sri Wahyuni, 33, dan suaminya Sugianto, 32, tidak mengetahui keadaan bayi itu sepanjang dia hamil disebabkan kandungannya tidak bermasalah.

Sri Wahyuni cuma menjalani pemeriksaan rutin malah tidak melakukan imbasan ultrabunyi kerana tidak mahu mengetahui jantina anaknya.

“Kami mahu membiarkannya sebagai satu kejutan lagipun tiada masalah sepanjang isteri saya hamil. Kami dimaklumkan anak dikandung kembar, tetapi keadaan sebenarnya cuma diketahui selepas dilahirkan melalui pembedahan,” kata Sugianto.

Menurutnya, isterinya mula mengalami sakit mahu bersalin pada lewat Ahad sebelum dibawa ke hospital. Bagaimanapun, sehingga pagi Isnin Sri Wahyuni masih belum melahirkan anak dan diarahkan menjalani pembedahan apabila didapati mengalami masalah. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan