Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,693

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bayi ditikam, ditanam masih hidup

9:41am 26/02/2016 Pak Roshan 520 views Global
Bayi malang yang dirawat di Hospital Khon Kaen, Thailand.

Bayi malang yang dirawat di Hospital Khon Kaen, Thailand.

Bangkok: Polis Thailand sedang mengesan memburu ibu bapa seorang bayi yang terselamat selepas ditikam beberapa kali dan ditanam hidup-hidup di wilayah Khon Kaen, utara negara itu.

Bayi lelaki itu mempunyai 14 kesan tikaman, ditemui dalam kubur cetek ditutup daun dan rumput oleh petani wanita selepas terdengar bayi berkenaan menangis ketika menjaga lembu.

Wanita itu mengejarkan bayi berkenaan ke Hospital Waeng Yai sebelum dipindahkan ke Hospital Khon Kaen.

Pegawai penyiasat kes itu, Nopporn Rithnual, berkata bayi berkenaan kini stabil dirawat di hospital dan polis belum dapat memastikan motif kejadian,

Pengguguran kandungan adalah kesalahan di Thailand tetapi menjadi amalan biasa di negara yang mempunyai kes kehamilan remaja paling tinggi di Asia. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan