Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayi ‘Dipanggang’ Selepas 6 Jam Ditinggal Dalam Kereta

bayi

OREGON – “Saya tidak tahu apa yang saya akan beritahu pada isteri dan anak lelaki saya,” demikian raungan seorang bapa apabila menyedari bayinya meninggal dunia selepas ditinggalkan selama enam jam dalam kereta.

Bayi lelaki berusia enam bulan itu, Jillian Freier, ditinggalkan di dalam kenderaan bapanya, Joshua Freier selepas dia terlupa untuk menghantar anaknya ke pusat jagaan kanak-kanak.

Joshua yang juga seorang jurutera komputer kemudiannya terus pergi ke tempat kerjanya dan melakukan aktiviti harian termasuk mengadakan mesyuarat.

Sementara Jillian yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang, menderita kepanasan hinggakan dia seolah-olah `dipanggang’ hidup hidup.

Ketika itu cuaca adalah 21 celsius dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati suhu di dalam kenderaan berkenaan adalah 116 darjah menjelang pukul 2 petang.

Meskipun kejadian itu berlaku pada bulan Oktober tahun lepas namun nama bapa dan bayi malang itu hanya didedahkan hari ini.

Siasatan masih dijalankan tetapi Joshua tidak ditahan polis.

Kejadian itu hanya disedari oleh Joshua selepas isterinya menghubunginya dan memaklumkan bahawa bayi mereka tiada di pusat jagaan kanak-kanak.

Ketika itu barulah Joshua menyedari bahawa bayi berkenaan masih berada di bahagian belakang kenderaannya, lalu sepantas kilat dia berlari ke tempat letak kereta.

Namun Joshua sudah terlambat. Jillian tidak lagi bernafas dan muka bertukar menjadi lebam manakala mulutnya pula sudah berbuih.- MYNEWSHUB.cc

Komen


Berita Berkaitan