Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Bayi Diculik, Ancaman Bom Di Hospital’

Foto Facebook Polis Daerah Tawau
Foto Facebook Polis Daerah Tawau

 

TAWAU, 25 April 2018 – Bayi diculik manakala satu bungkusan mencurigakan dipercayai Bom diletakkan di dalam kawasan Hospital Tawau pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 9.00 pagi itu menyebabkan bangunan hospital lama dan ruang legar wad bersalin Hospital Tawau berkenaan menjadi huru-hara.

Namun sebelum bom itu meletup, Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau serta anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau terlebih dahulu berada di lokasi kejadian.

Pemeriksaan awal dijalankan oleh unit K9 Jabatan Siasatan Jenayah dan Pemusnah Bom berjaya menjumpai sebuah kotak yang mencurigakan dipercayai bom yang berada di dalam bangunan lama hospital berkenaan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan berkenaan bukan bom yang sebenar dan unit pemusnah bom terpaksa memusnahkan bungkusan berkenaan.

Hasil dari rakaman CCTV yang dipasang pihak Hospital telah berjaya menjejaki suspek dua lelaki dan seorang wanita yang sedang menunggu kenderaan untuk membawa bayi berkenaan keluar dari kawasan hospital. Dalam kepantasan pihak pengawal keselamatan berjaya menangkap suspek berkenaan.

Begitu pun, semua insiden itu bukanlah benar-benar terjadi kerana ia merupakan sebahagian daripada simulasi menghadapi bencana seperti ancaman bom dan penculikan bayi yang dianjurkan Jawatankuasa Latihan Hospital Tawau.

Pengarah Hospital Tawau, Dr.Norlimah Binti Arsad berkata, ancaman bom dan penculikan dipilih memandangkan pengganas atau penjenayah sering menggunakan bom serta ancaman bom kepada orang awam.

Menurutnya, bom jenis itu bukan sahaja menyebabkan maut, malah mendatangkan kesan kecederaan yang maksimum kepada mangsa termasuk kepada para petugas, pesakit dan juga orang awam di Hospital berkenaan.

Senario latihan ini julung kali diadakan dan kali ini ia bertujuan memberi pendedahan kepada semua warga petugas di Hospital Tawau serta orang awam terhadap prosedur tepat apabila berlaku perkara sedemikian.

“Simulasi ini juga bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana di peringkat daerah dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan. Ia juga bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran semua pihak yang terlibat.

“Malah, aktiviti ini juga dilihat merupakan antara medium terbaik untuk meningkatkan kerjasama antara agensi yang akan bekerjasama sekiranya berlaku bencana di kawasan ini,” katanya.

Simulasi pada kali ini disertai kira-kira 30 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi termasuk dari Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Tawau dan Balai Bomba Tawau.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto Facebook Polis Daerah Tawau
Foto Facebook Polis Daerah Tawau

Komen


Berita Berkaitan