Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Bayi dari kubur’ anak angkat pasangan Sweden

10:16am 11/10/2016 Pak Roshan 2510 views Global

 

Aidin ketika dirawat di hospital.

Aidin ketika dirawat di hospital.

Bangkok: Bayi lelaki yang menakjubkan kerana masih hidup walaupun selepas ditikam 14 kali dan ditanam ibunya dalam kejadian Februari lalu, akan dijadikan anak angkat oleh pasangan Sweden.

Aidin yang kini berusia tujuh bulan ditemui tertiarap dalam kubur cetek sedalam 20 sentimeter di wilayah Khon Kaen, Thailand, Februari lalu, oleh seorang penternak beberapa hari selepas dia dilahirkan.

Wanita berkenaan, Kachit Krongyut, 53, yang sedang lalu di kawasan berkenaan, terdengar tangisan bayi itu sebelum ternampak kaki terkeluar dari tanah di bawah sebatang pokok lalu segera menggali mengeluarkan Aidin

Bayi itu dikejarkan ke hospital dan doktor mendapati ada 14 kesan tikaman pada tubuhnya.

Menurut doktor, tekanan tanah yang menimbusinya menghalang bayi berkenaan kehilangan banyak darah membolehkan dia hidup.

“Saya menyangka ada orang menanam haiwan hidup-hidup sebelum ternampak kakinya. Saya segera menggali dan mendapati dia dalam keadaan terlungkup,” kata Kachit yang kemudian mendapatkan bantuan penduduk kampung.

Selepas pulih daripada kecederaan, bayi itu diserahkan kepada rumah anak yatim, Kaen Thong Orphanagem yang mencarikan keluarga angkat untuknya.

Doktor percaya bayi itu didera ibunya, wanita tempatan berusia 42 tahun yang dikesan polis melalui kesan tapak kaki dan tayar motosikal di tempat kejadian.

Wanita itu kini sedang dibicarakan atas tuduhan cubaan membunuh dan mengabaikan anak. – Daily Mail /  Hmetro

Keadaan Aidin yang berusia beberapa hari ketika ditemui dalam kubur cetek di bawah sebatang pokok.

Keadaan Aidin yang berusia beberapa hari ketika ditemui dalam kubur cetek di bawah sebatang pokok.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan