Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,675

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bayi dalam lubang tandas

10:10am 26/03/2016 Pak Roshan 306 views Global
ANGGOTA bomba dengan bantuan kakitangan hospital berjaya menyelamatkan bayi itu.

ANGGOTA bomba dengan bantuan kakitangan hospital berjaya menyelamatkan bayi itu.

Beijing: Seorang bayi baru lahir yang dibuang ke dalam lubang tandas oleh ibunya di sebuah hospital di wilayah Xinping berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Pasukan penyelamat mengambil masa tiga jam untuk menyelamatkan bayi perempuan itu yang tersekat di dalam lubang tandas bilik air wanita di tingkat dua hospital itu, kelmarin.

Bayi itu yang masih berlumuran darah, tersekat dalam paip kumbahan dan tidak mempunyai ruang untuk bergerak atau bernafas dengan selesa.

Portal berita Huangqiu.com melaporkan, polis kini berusaha menjejaki ibu bapa bayi itu. Ibunya dikatakan melarikan diri sebaik membuang bayinya.

Seorang kakitangan hospital berkata, dia mendengar tangisan bayi itu dari dalam lubang tandas sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan