Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bayi dalam lubang tandas selamat

10:31am 05/10/2016 Pak Roshan 461 views Global
GAMBAR dari rakaman video menunjukkan bayi itu selepas dia ditarik keluar dari lubang tandas.

GAMBAR dari rakaman video menunjukkan bayi itu selepas dia ditarik keluar dari lubang tandas.

Khujand: Seorang bayi yang baru lahir ditemui di dalam lubang najis di bawah tandas awam dengan beg plastik menyelubungi kepalanya.

Rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu menangis selepas dia ditarik keluar dari lubang berkenaan dan plastik itu dicabut dari kepalanya.

Kejadian berlaku di bandar Khujand di wilayah Sughd, barat laut Tajikistan.

Seorang wanita dipercayai membungkus muka bayi berkenaan dengan plastik bagi memastikan tangisannya tidak didengari orang ramai sebelum membuangnya ke dalam tandas.

Bagaimanapun, mujur bayi itu dilihat oleh seorang penduduk yang menggunakan tandas itu sebelum dia meminta bantuan daripada jiran yang lain. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan