Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayi dalam laci

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Bulawayo: Seorang pengasuh dipenjara 22 tahun selepas menyumbat bayi jagaannya berusia 10 bulan ke dalam laci kerana tidak berhenti menangis supaya dapat menonton televisyen.

Violet Moyo, 22, didapati bersalah menyebabkan kematian mangsa yang disifatkan Hakim Mahkamah Tinggi Lawrence Kamocha sebagai ‘kejam dan tak berperikemanusiaan.’

Violet ditugaskan menjaga bayi lelaki itu ketika ibu bapanya keluar bekerja.

Menurut pendakwa, lima jam selepas ditidurkan, bayi itu terjaga dan mula menangis.

Violet kemudian cuba menenangkan bayi itu dan akhirnya kerana tidak tahan, membungkus bayi itu dengan selimut sebelum menyumbatnya dalam laci baju.

Dia kemudian menutup laci itu dan pergi menonton televisyen. Selepas tiga jam, Violet mendapati bayi itu sudah tidak bernyawa.

Ketika menjatuhkan hukuman, Kamocha berkata: “Kamu tidak langsung menghiraukan tangisan bayi itu. Tindakan kamu jelas menunjukkan niat untuk membunuh mangsa.”-AFP

Komen


Berita Berkaitan