Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayi dalam beg

BAYI perempuan yang ditemui
BAYI perempuan yang ditemui

Beijing: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui disorok di celah pakaian dan disumbat dalam beg bagasi, hujung minggu lalu selepas pekerja sebuah hotel mendengar tangisannya.

Seorang lelaki yang dilihat berlegar di lobi hotel berkenaan di Henan bersama seorang wanita pada mulanya disyaki terbabit sindiket pemerdagangan kanak-kanak.

Siasatan bagaimanapun mendedahkan lelaki berkenaan ayah bayi terbabit dan cuba menyusup masuk ke hotel itu untuk menyerahkan bayi berusia dua hari itu kepada wanita berkenaan yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat.

Kedua-duanya ditahan polis manakala bayi terbabit dibawa ke hospital.

Menurut pihak berkuasa, ibu bapa bayi berkenaan sangat miskin dan tidak mampu membesarkannya. Ibunya juga mengalami masalah mental.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan