Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayi buta selepas gambar dirakam

BAYI malang berkenaan.
BAYI malang berkenaan.

Beijing: Seorang bayi buta sebelah mata selepas seorang rakan keluarganya terlupa memadam pencahayaan ketika merakam gambarnya dari jarak dekat.

Doktor berkata, daya penglihatan bayi tiga bulan yang namanya tidak didedahkan tidak boleh dirawat akibat pencahayaan kamera yang terlalu kuat apabila gambarnya dirakam dari jarak 35 sentimeter.

Ibu bapa bayi itu menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan penglihatan anak mereka selepas gambar itu dirakam.

Susulan kejadian, jarak penglihatan mata kiri mangsa berkurangan sementara mata kanannya buta.

Kerosakan itu dikatakan akan kekal dan tidak boleh dipulihkan walaupun dengan pembedahan.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada rakan keluarganya yang merakam gambar itu akan dikenakan tindakan undang-undang. -Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan