Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bayi berkubur dalam longkang

bayi berkubur dalam longkang

SEPANG: Mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam longkang di belakang deretan rumah teres jam 9.10 pagi di Taman Seri Sungai Pelek, di sini, semalam.

Bayi terbabit yang dalam keadaan bogel ditemui seorang lelaki berusia 52 tahun ketika keluar ke bahagian belakang rumahnya.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata, pemeriksaan terhadap bayi itu mendapati ada kesan calar pada dahinya dipercayai terkena batu longkang.

Menurutnya, bayi berkulit cerah itu dipercayai baru dilahirkan berikutan masih terdapat tali pusat dan beratnya dianggarkan lebih dua kilogram.

“Kami belum mengetahui punca kematian bayi itu dan mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kami juga belum mengetahui usia sebenar serta bangsa bayi itu dan masih menjalankan siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff berkata, ketika ini polis masih menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes berkenaan atau bayi terbabit sudah mati sebelum dibuang.

Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi.

“Pada masa sama, pihak polis akan membuat siasatan ke hospital dan klinik berhampiran bagi mendapatkan maklumat wanita yang menerima rawatan selepas bersalin,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan