Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bayi ‘berekor’

9:46am 14/03/2016 Pak Roshan 690 views Global
LEBIHAN daging seperti ekor yang tumbuh di atas punggung Adam Syafid.

LEBIHAN daging seperti ekor yang tumbuh di atas punggung Adam Syafid.

Makassar: Seorang bayi lelaki yang mendapat liputan media selepas dilahirkan dengan lebihan daging seperti ekor kini dibawa ke hospital untuk membuang kecacatan berkenaan.

Adam Syafid yang kini berusia enam bulan mendapat simpati orang ramai termasuk Datuk Bandar Makassar, Mohammad Ramdhan Pomanto selepas kisahnya dipaparkan media tempatan baru-baru ini.

Selain lebihan daging seperti ekor yang tumbuh di atas punggung, Adam Syafid juga dilahirkan sumbing.

Ibu Adam Syafid, Harmina berkata, lebihan daging itu menyebabkan anaknya terpaksa tidur secara mengiring.

Katanya, Mohammad Ramdhan melawat anaknya baru-baru ini dan mengarahkan pegawai kesihatan membawa bayi itu ke Rumah Sakit Wahidin Sudirohusodo. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan