Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,683

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bayi baru lahir paling besar di dunia

9:13am 27/05/2016 Pak Roshan 5641 views Global
PEMEGANG rekod baru bayi paling besar di dunia.

PEMEGANG rekod baru bayi paling besar di dunia.

New Delhi: Seorang suri rumah melahirkan bayi terbesar di dunia.

Bayi perempuan yang belum dinamakan itu dilahirkan dengan berat 6.8 kilogram, sama dengan purata berat kanak-kanak berusia enam bulan.

Si ibu yang hanya dikenali sebagai Nandini, 19, melahirkan anak sulungnya itu di selatan India, Isnin lalu, menerusi Caesarean.

Purata berat bayi yang baru dilahirkan ialah kira-kira 3.4 kilogram.

Kanak-kanak berkenaan dipercayai mengatasi pemegang rekod bayi paling berat di dunia, Carisa Rusack, yang dilahirkan dengan berat 6.58 kilogram di Massachesetts, Amerika Syarikat, pada 2014.

Pegawai kesihatan tempatan, Dr Venkatesh Raju berkata, ini kali pertama dia melihat bayi sebesar itu selepas 25 tahun bekerja.

“Saya percaya dia bukan setakat bayi paling berat di India, tetapi juga di dunia,” katanya.

Nandini yang seberat 94 kilogram dan tinggi 190 sentimeter tidak menghadapi masalah sepanjang mengandung.

Doktor turut mengesahkan, baik Nandini mahupun bayinya, tidak menghidap diabetes, yang biasanya menyebabkan obesiti dalam kalangan bayi yang baru lahir. – Agensi/HMEtro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan